Hai semua. Kepada seluruh rakyat Malaysia hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai Scammer. Scammer itu apa? Scammer adalah seseorang atau sekumpulan individu yang bertindak untuk menipu wang kita dengan cara yang sangat halus. Penipuan ini boleh berlaku dalam dua situasi dunia iaitu dunia nyata dan dunia maya. Scammer pula terdiri sama ada daripada penduduk Malaysia itu sendiri ataupun individu asing. Terdapat banyak jenis-jenis Scammer tetapi hari ini saya akan berkongsi mengenai Scammer dalam talian. Dek kerana kepesatan teknologi lahirlah Scammer-scammer digital yang meragut wang mangsa melalui transaksi bank. Segalanya telah diatur dengan langkah yang bijak sebelum mencari mangsanya. Di sini saya akan menceritakan keadaan dengan situasi yang benar kepada anda semua kerana saya adalah salah seorang daripada mangsa Scammer. Ceritanya bermula begini, pada suatu hari iaitu pada malam Ahad iaitu hari Sabtu saya seperti biasa akan mengiklankan produk ia...
Comments
Post a Comment